40:81 Dan Dia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda (kekuasaan-Nya); maka tanda-tanda (kekuasaan) Allah yang manakah yang kamu ingkari?
Melihat perubahan musim yang tersusun dengan cantik adalah satu kebesaran Allah. Berbeza dgn Malaysia yang tiada musim yang 4
Syukur kehadrat Illahi kerana dengan rahmatNya, kita dapat hadir (ke tempat) untuk melihat satu lagi kebesaran Allah.
Musim luruh di dalam quran
39:21 tidakkah Engkau memerhatikan? Bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu dialirkanNya menjadi sumber-sumber air di bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-tanaman Yang bermacam-macam warnanya; kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya menjadi kekuning-kuningan; kemudian ia menjadikannya hancur berderai-derai. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-orang Yang berakal sempurna.
Melihat perubahan musim yang tersusun dengan cantik adalah satu kebesaran Allah. Berbeza dgn Malaysia yang tiada musim yang 4. Berada di Jepun (baca Korea) kita patut bersyukur krn berpeluang merasai 4 musim nih. Kalo kite tengok.. susunan musim ini sangat cantik…begitu teratur mengikut aturan yg tetap…kadar yang tetap… Setelah musim panas, pasti diikuti musim (luruh)autumn..kemudian barulah musim sejuk dan kemudian musim bunga. Setiap musim ada aturan/ketetapan dan kadar tertentu. Dari segi panjangnye, dan kedudukannya diantara musim2.. tidak pernah musim panas kemudian diikuti terus musim sejuk.. atau tidak pernah musim luruh diikuti dgn musim bunga.. tidak pernah walaupun sekali.. begitu juga, tidak pernah musim luruh itu lebih panjang dari musim salji, walaupun sehari, walaupun sejam.. walaupun seminit… sesungguhnya semuanya dalam aturan yang sangat cantik..iaitu aturan Allah.. ketetapan Allah..sunnatullah alam buat manusia… Subhanallah…
Sebagaimana.. tidak pernah sekalipun, bulan terfikir utk ‘lari’ dari mengelilingi bumi… begitu juga bumi tidak pernah terfikir utk ‘lari’ dari mengelilingi matahari.. begitu juga matahari, tidak pernah terfikir utk ‘lari’ dari orbitnya dalam bima sakti.. dan seterusnya… semuanya ada ketetapan Allah…
Bagaimana pula manusia? … ada kalanya manusia itu ‘lari’ dari ‘orbit’nya utk mengingati dan mengabdika dirinya kepada Allah… seharusnya kita malu kita kepada musim2 ini.. bulan, bumi dan matahari…. seandainya kita terfikir utk ‘lari’ dari ‘orbit’ kita…

Kita dapat melihat setiap daun itu luruh satu demi satu.. ada qadar yg tertentu… dari batangnye yang hijau, kemudian bertukar kuning, kemudian coklat, kemudian rapuh dan akhirnya gugur ke bumi.. itu satu ketetapan Allah.. tidak pernah dari yg hijau tibe2 luruh (lain lah kalo dipetik org …) semuanya dalam aturan yang teliti.. ade kadar masa yang tetap utk mulanya pucuk (warna ijau) … ade kadar masa yang tetap…utk layu (kuning..) ada kadar masa yang tetap utk jadi coklat (mati) dan ade kadar masa yg tetap sebelum ia betul2 gugur dgn kadar tiupan angin (???km/j) , atau dgn kadar gigitan ulat2 pokok (10 gigitan…20…1000gigitan) ..atau kadar jatuhan dedaun lain atas daun yg akan gugur (berapa degree ke kanan, atau ke kiri..bape degree baru kene daun yg bawah tu, kemudian yang bawah lagi.. etc etc ) .. semuanya itu dalam kekuasaan Allah.. dalam pengetahuan Allah.. subhanallah
Semua itu dalam pengetahuan Allah…
6:59. dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata.
Subhanallah…
Moga dgn melihat keindahan daun2 yang berguguran di taman ini.. kita berdoa kepada Allah .. agar Allah meng’gugur’kan segala dosa2 kita yang telah lalu… sebanyak mana gugurnya daun2 pada musim luruh ini… malah bukan daun2 disini sahaja, malah seluruh bumi ini… nastaghfirullah…
Doa org yang melihat keindahan kejadian Allah…
3:190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
3:191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
Sesungguhnya setiap kejadian itu tanda kekuasaan Allah.. sebagai org yang berakal (ulul albab) ..seharusnya kita sentiasa memuji kebesaran Allah.. dan berdoa seperti doa2 org ulul albab….’ Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka’
artikel dipetik dari : Oretachino
