Feeds:
Posts
Comments

saja2

asaja asaksakjdsaskjdkjaskjdhaskjsakjhdkjashdasdasdasdsc_0420
pindah

Telah Berpindah

pindah

 

Assalamualaikum wbt

Kepada pengunjung laman blog ini, kami telah berpindah ke laman web yang baru. Sila ke www.kimsnet.info untuk mengikuti update terbaru. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung atas sokongan anda selama ini. Sebarang komentar/penambahbaikan laman web kami amat dialu-alukan.

Jazakallah Semoga Allah berkati.

Burung kecil dan Api BESAR

Sudah sebulan cuti musim sejuk berlalu. Hampir kebanyakan pelajar pulang ke Malaysia atau terbang keluar dari Korea untuk mengelakkan kesejukan yang melampau. Sememangnya Korea sangat terkenal dengan cuaca yang sejuk melampau dengan kira-kira  -10C di pertengahan musim sejuknya. 

Sambil melayari internet, terbaca blog salah seorang sahabat di sini. Dalam blog tersebut, disentuh beberapa isu tentang boikot barangan Israel dan lain-lain. Apa yang dikagumi ialah semangat beliau untuk memboikot barangan ini walaupun mungkin di pandangan sebilangan yang lain memandang usaha ini adalah terlalu kecil untuk melumpuhkan Israel. 

 

KISAH BURUNG DAN API

Bukankah ketika kecil, kita pernah diceritakan oleh ibubapa tentang seekor burung kecil yang berulang-alik membawa air dalam paruhnya untuk memadamkan api yang sedang marak membakar Nabi Ibrahim AS? Burung-burung dan haiwan lain hanya tertawa sambil berkata “Hai burung kecil, kenapa kamu bersungguh-sungguh membawa air dalam paruhmu yang kecil untuk memadamkan api besar itu? Tindakanmu sama sekali sia-sia” Burung kecil itu menjawab,”Ini sekadar mampu yang aku lakukan dan ia sudah cukup untuk menjadi saksi di hadapan Allah kelak bahawa aku tidak duduk sahaja dan telah berusaha untuk membantu Nabi Allah”. Jawapannya bukan sekadar mengejutkan mereka yang mendengar, bahkan memadamkan telahan orang yang memandang remeh usaha orang lain. Bukankah kita pernah mendengar kisah itu?

Continue Reading »

Pejuang sejati

 

gazab

 

wahai akhi Saad

ku masih ingat kali pertama ku bertemu denganmu

kuterima salam darimu

wajahmu yang bersinar dan senyumanmu yang manis

membuatkanku teringin sekali untuk mengenali dirimu

kau memperkenalkan dirimu

saad dari palestin

 

wahai akhi saad

hampir setiap hari ku bertemu denganmu

senyumanmu tidak pernah lekang dari bibirmu

hanyalah lafaz yang dipenuhi hikmah dan memuji Allah yang sering kau katakan

setiap nasihatmu tidak pernah aku lupakan

Continue Reading »

firaun 

 

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa.

Continue Reading »

The Israeli-Palestinian conflict is one of the world’s major sources of instability. Americans are directly connected to this conflict, and increasingly imperiled by its devastation.
children
  • 123 Israeli children have been killed by Palestinians and 1,050 Palestinian childrenhave been killed by Israelis since September 29, 2000

 

 

 

Continue Reading »

Dari Gaza, PM Palestin, Ismail Haneyya terus menyatakan keteguhan dan semangat Gaza untuk bertahan disebalik segala keperitan dan kesusahan yang dialami Gaza. Beliau mengatakan tribulasi yang menimpa Gaza dari Israel ini bertujuan memecahkan kesabaran bersejarah yang dipamerkan rakyat Gaza sepanjang berdepan dengan kekejaman Israel dalam segala bentuk.

Isu serangan terbaru ke atas Gaza yang menjadi perhatian utama dunia, tidaklah semata-mata bermula selepas tamatnya genjatan senjata 6 bulan antara Gaza dan Israel pada 19 Disember 2008 yang lalu sebagaimana yang cuba digambarkan. Ia merupakan sebuah kegeraman yang sudah lama terpendam di dada Israel akibat kegagalannya menjatuhkan musuh utamanya, HAMAS dari pemerintahan di Gaza.

Continue Reading »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.