Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Asy-Syabab’ Category

Pejuang sejati

 

gazab

 

wahai akhi Saad

ku masih ingat kali pertama ku bertemu denganmu

kuterima salam darimu

wajahmu yang bersinar dan senyumanmu yang manis

membuatkanku teringin sekali untuk mengenali dirimu

kau memperkenalkan dirimu

saad dari palestin

 

wahai akhi saad

hampir setiap hari ku bertemu denganmu

senyumanmu tidak pernah lekang dari bibirmu

hanyalah lafaz yang dipenuhi hikmah dan memuji Allah yang sering kau katakan

setiap nasihatmu tidak pernah aku lupakan

(more…)

Advertisements

Read Full Post »

Lelaki Acuan Al-Quran

Mari baca sajak ini. Mari jadi lelaki acuan Al-Quran 😉

fgfgf

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada
Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang
Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia
Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana
Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat
Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua
Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri
Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah
Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan
Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji
Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah
Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah
Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu
Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari
Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Read Full Post »

Impian Seorang Muslimah

 

wanitasolehah

 

 FGDFDF

Mampukah aku menjadi seperti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
dan senang rela bersama…

Susah

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Sarah….

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah?A
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….

Read Full Post »

“Sesungguhnya perjalanan seorang daei itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu org lalai akan hairan melihat daei menyengsarakan diri dlm kelelahan & bertanya “sampai bila kau akan melelahkan diri?”. Dijawab daei dgn pasti, “sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)” al-Fawaid-Ibnu Qayyim”

Sebagai seorang daei, kita semua sangat arif tentang kata-kata ini. Malah ada di kalangan kita sudahpun menjadikan ia sebagai zikir harian dan perangsang bagi memotivasikan diri untuk terus kekal di atas jalan dakwah yang suci ini. Malangnya, kata-kata azimat ini hanya mampu memotivasikan kita pada keadaan-keadaan tertentu sahaja dan tidak mampu memberi kekuatan kepada kita dalam sesetengah keadaan.

(more…)

Read Full Post »

Wahai pemuda-pemudi Islam

kewajipan pemuda

kewajipan pemuda

Apabila kita menilai kekuatan sesebuah negara , pastinya kita akan kagum dengan nilaian material seperti hebatnya bangunan- bangunan yang di bina, cantiknya permandangan bandaraya dan canggih kenderaan yang dicipta. Pandangan ini sentiasa mengkaburi hakikat yang sebenar . Kekuatan yg sebenarnya di ukur dengan quality generasi pemuda yang akan mewarisi perbendaharaan negara. Generasi pemuda adalah aset terbesar dan paling berharga kepada sesebuah negara.

Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kepada kekuatan manusia, bukannya kehebatan dunia material. Tunjang kepada kekuatan manusia terletak kepada generasi pemuda.

Sejarah telah membuktikan kehebatan pemuda dalam menggerakkan sesuatu perubahan. Apabila pemuda bangun bertindak , maka sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku. Golongan ini mempunyai semangat yang kental , kehendak yang tinggi, dan berani lagi tangkas . Mereka juga mampu menggarap kefahaman baru dengan budaya fikir yang mantap dan mampan.

(more…)

Read Full Post »