Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Hari Kebesaran Islam’ Category

firaun 

 

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa.

(more…)

Read Full Post »

alhambra_plaster_detail-copy

Sempena Maal Hijrah dan tahun baru ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesungguhnya Allah Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat.

(more…)

Read Full Post »

adha

KiMS mengucapkan Salam Aidil Adha 1429H kepada semua muslim di bumi Korea. 

Kullu `am wa antum bi khair. 

Read Full Post »

palestinealways_sk
Assalamualaikum

semalam, Alhamdulillah wakil KiMS telah menghantar wang kutipan sedeqah qurban aman palestin kepada wakil di malaysia melalui transaksi bank sebanyak USD 599  = RM 2113.67 = KRW 892,210. Jazakallah dan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh saudara dan saudari sekalian. Moga Allah memberkati kehidupan saudara & saudari sekalian, dunia dan akhirat.

KIMS akan terus komited untuk menjadi wakil AMAN Palestin di Korea. Kami juga akan terus-menerus bekerja untuk masyarakat dunia amnya dan pelajar Malaysia di Korea khususnya dalam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas kehidupan.

wasalam.

Read Full Post »

[Updated] 2008/12/4 Jumlah sadaqah korban terkini KRW 537,700.

 

KiMS di sini mengambil initiatif menjadi wakil tengah bagi pelajar-pelajar Malaysia di Korea dan AMAN Palestin untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. KiMS mewakili Aman Palestin di Korea menganjurkan ‘Sadaqah Korban Untuk Palestin‘. 

Moga dengan sedekah yang anda hulurkan mampu mengukir senyum saudara-saudara kita di sana. 

———————————————————————————–

Maklumat Projek

Aman Palestin memperkenalkan projek ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh menyertai ibadah ini di Palestin. Oleh kerana nilai kambing dan lembu di sana adalah terlalu mahal jika dibandingkan dengan nilai di negara kita (satu bahagian di Palestin RM900; satu bahagian di Malaysia RM200-400), jadi sadaqah yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membeli haiwan korban bagi rakyat Palestin. 

Download Pamplet: depan belakang

Maklumat lanjut: AMAN Palestin 

———————————————————————————–

Sebanyak mana sedekah yang berjaya dikumpulkan, kami akan menyalurkan kepada pihak AMAN Palestin bagi mencukupkan pembelian haiwan korban bagi rakyat Palestin. 

Anda boleh sampaikan sedekah anda kepada wakil kami sehingga hari Khamis, 4 Disember 2008 kerana sedekah tersebut akan disalurkan kepada akaun AMAN Palestin pada Jumaat, 5 Disember 2008. 

 

  • `Ammar Muhd – YMid: amrzk7    010-9630 1379 
  • Umair -YMid: umeks17    010-2356-8720
  • Raher – YMid: saito_sakuragi88   010-2369-8585

atau boleh masukkan ke akaun:

농협은행 Nama akaun: Abu Zar b Shuhaimie 170396-52-149713

*sila emelkan detail deposit anda kepada mykims@kimsnet.info bagi memudahkan semakan. 

Read Full Post »

Zulhijjah datang lagi

Sambutlah bulan ini dengan penuh kegembiraan, meriahkan dengan amal soleh.

Sambutlah seruan Allah S.W.T agar memeriahkan sepuluh hari pertama daripada Zulhijjah seperti yang ditegaskan di dalam Surah Al-Haj, ayat 28

“Serta memperingati dan menyebut nama-nama ALLAH, pada hari-hari tertentu….”?

Ibnu Abbas R.A mentafsirkan ayat ini sebagai merujuk kepada hari sepuluh awal di bulan Zulhijjah. Lantaran itu, wajarlah bagi kita untuk mempertingkat amalan dan ‘ingat’ kita kepada Allah Taala.

Mungkin jika ramadhan yang berlalu gagal menjadi medan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, maka inilah sebagai peluang yang baru.

Bertaubatlah dan berbuatlah kebajikan, semoga hati kan tenang, kerana hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi Tenang…

Read Full Post »