Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Tarbiyah’ Category

PERMUDAHKANLAH BAGI KAMI…

“Bahawa tiada masuk syurga orang yang memutuskan sillaturahim,dan orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar debu dari takbur,juga orang yang yang berhutang hingga dibayarkan hutangnya.Begitu pula orang-orang yang beriman itu sewaktu melalui sirat atau jambatan diberhentikan mereka di atasnya untuk diperiksa segala kezaliman mereka yang telah dilakukan di dunia serta diputuskan.Sementara itu di antara Ulama salaf aad a yang berkata’Bahawa seseorang lelaki akan ditahan dipintu syurga selama 100 tahun kerana dosa yang telah dilakukan di dalam dunia'”

ameen~

Sebagai umat Islam yang dikatakan ada jaminan untuk masuk syurga seharusnya HALALKAN YANG HALAL,HARAMKAN YANG HARAM. Kerana yang haram kalau dikerjakan juga, lebih-lebih lagi kalau kerja yang haram itu dari sebahagian dosa-dosa besar yang boleh menghalang seseorang itu daripada masuk syurga.

       Hadith di atas merupakan salah satu hadith sahih yang  menerangkan beberapa halangan yang yang boleh menyekat seseorang dari masuk ke syurga.

       Secara ringkasnya antara halangan atau rintangan yang menegah seseorang masuk syurga, walaupun tidak secara terus-menerus tetapi sekurang-kurangnya melambatkan masa kemasukannya ialah: 

  • Memutuskan sillaturahim
  • Hatinya mempunyai sifat takbur
  • Tidak menjelaskan hutangnya

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. (Hamka).

Read Full Post »

palestine_4

“dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman”.(As-Shaff 61:13)

Allah S.W.T telah menjanjikan kemenangan kepada orang-orang beriman dan jika kita beriman dengan ayat-ayat Allah,pasti kita tidak akan berasa takut untuk meneruskan perjuangan menegakkan islam di bumi Allah ini..tapi sejauh mana kita dari kalangan umat islam yang meyakini kemenangan yang dijanjikan Allah ini?

(more…)

Read Full Post »

never give up to change

asdd

In life, it is a must for every single human being to change himself or herself and this has never been for only once but several times. Changes are something natural and very important. As known, we face different stages in a life cycle, from embrio, to zigot, to fetus, to a baby, a child, teenager and till we die. Because of this growth with time, we change physically and most importantly emotionally, spiritually, and everything on the inner side. These changes we ought to face will teach us to be better, to let us get along with the demands from the environment we are in and the demand of ourselves.

In a muslim’s perspective, we need to understand critically about changes. We need to comprehend the importance of change, the demand of a change, the boundaries of a change, the method of change and the result of a change. Everything about changes. Sometimes the demand of a change is just too high that we would somehow neglect or shift the fundamentals of our principles or simply said, the rulings of islam. As far as we can go, we must, and stressing this again, we must still be in the box of the syari’ah of islam in making changes.

We have heard oppressions and unjust events around the world affecting muslims for obeying Allah’s commands but no matter how hard it is, we are obliged to submit to the laws set by Allah. Verily Allah will always be with those who have patience, who do good deeds, who are on the straight path and with those who enjoin good deeds.

(more…)

Read Full Post »

Syeikh Ahmad Ismail Yasin

Syeikh Ahmad Ismail Yasin

dfdf

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948,
familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa,
aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan…

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma’ Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983,aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy’al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi, Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 – Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya, Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah…

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?

Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama ALLAH SWT ?

Read Full Post »

Aku Malu

Alhamdulillah, diberi peluang untuk menelaah kisah berkenaan sirah Rasululullah S.A.W. MasyaALLAH ada satu tajuk kecil yang tersentuh jiwa saya ketika saya cuba memahami perenggan tersebut. Di sini saya quote kembali dari buku tersebut:

“Manusia Memiliki Jiwa yang serupa”

Sesungguhnya Nabi S.A.W memiliki semua ciri-ciri kemanusiaan. Apa yang ada pada dirinya, ada pada semua pemuda lain. Iaitu berbagai kecenderungan fitrah yang diciptakan Allah kepada jiwa pemuda. Ini menunjukkan bahawa jiwa manusia adalah sama. Baginda ada perasaan ingin bersembang-sembang, bersuka ria dan Baginda merasakan perkara tersebut menyeronokkan. Lantaran itulah Baginda berkata dalam hatinya jika dia dapat menikmati keseronokan tersebut sebagaimana orang lain berseronok. Namun, Allah Azza wa jalla melindungi Baginda daripada tergeilncir atau terpesong kepada tindakan yang tidak layak bagi sesiapa yang dipersiapkan untuk menyempurnakan akhlak mulia dan membina syariat Islam yang abadi.

Ciri-ciri yang ada pada Rasulullah menyamai dgn ciri-ciri yang ada pada pemuda seperti kita. Inilah yang dikatakan selari dan selaras dengan fitrah insani itu sendiri. Inilah hikmah mengapa utusan sebagai qudwah adalah dari kalangan manusia itu sendiri bukan dari kalangan malaikat ataupun jin. (surah al-mumtahinah: 6). Seandainya kita sama-sama selami perjalanan kehidupan Rasulullah tercinta, kita mampu melihat aspek keperibadian unggul yang ada pada baginda seperti cita rasa yang tinggi dan sensitivity yang halus serta sifat malu yang memukau.

(more…)

Read Full Post »

Daie dan Tarbiyah

gfhfhg
Percambahan pohon itu kebanyakkannya bermula dari benihnya. Walaupun ada beberapa jenis lain yg bermula dari batang dan sebagainya. Permulaannya perlu disiram, dibaja dan tiba masanya perlu dibersihkan kawasan sekelilingnya. Moga-moga hasil yang bakal dituai kelak adalah hasil yang terbaik. Setiap proses tersebut perlu dilakukan dengan teliti dan bukan suatu perkata yang mudah. Memerlukan kesabaran, keteguhan hati dan akal yang mantap. Begitu juga proses membina dan menyiapkan diri sebagai seorang daie.

Di dalam bulan yang mulia ini, mari sama-sama kita renung kembali perjuangan ini. Merenung kembali niat kita. Merenung kembali tujuan kita. Di umpamakan kita menaiki bas ekspress dari Kangar ke Seremban. Adakah kita hendak turun ketika mana bas berhenti menurunkan penumpangnya di Kuala Lumpur? Jawapannya sudah tentu tidak. Kerana destinasi kita belum kesampaian walaupun perhentian itu lama dan lebih menyeronokkan. Begitu juga dengan pejuangan seorang daie dalam perjuangkan dakwah.

(more…)

Read Full Post »