Feeds:
Posts
Comments

Rabu ,31/12/2008 –Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi.

Jurucakap media berkata , beliau telah berhubungan dengan penumpang bot yang terdiri dari seorang bekas ahli kongres US dan seorang Ahli Parlimen Cyprian , tetapi sejurus sebelum hubungan telefon bimbit terputus , tembak-menembak jelas kendengaran . Tiada siapa dilaporkan tercedera pada masa itu pada masa terputus hubungan telefon namun selepas itu tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang kecederaan atau tidak,

Dalam satu siaran akhbar, pergerakan Free Gaza menyatakan, “Bertentangan dengan undang-undang laut antarabangsa, tentera laut rejim Zionis menghalang bot Dignity daripada menghampiri Gaza atau mencari perlindungan sama ada di Mesir atau Lubnan.

 

Ikuti perkembangan terbaru Palestin di Palestinkini

Advertisements

Tahun baru…. Azam baru…

alhambra_plaster_detail-copy

Sempena Maal Hijrah dan tahun baru ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesungguhnya Allah Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat.

Continue Reading »

 

ijazahrisalah-copy11

[Updated]

Tentatif program

7 : 00 pm   Hadirin mengambil tempat

7 : 20 pm   Ucapan alu-aluan 

                       Slot `Antara Ijazah & Risalah` oleh Us Ahmad b Zainal Abidin

                       sesi Q & A  

9 : 00 pm   Bersurai 

Continue Reading »

Selamat Berjuang Semua

Exam

Demam peperiksaan mula melanda pelajar Malaysia di Korea. Bagi yang final year tentunya resah gelisah mengharapkan keputusan yg terbaik dari peperiksaan akhir ini.

Warga KiMS mengucapkan selamat menjalani peperiksaan dan semoga usaha bersungguh anda membuahkan hasil yang baik. Tanamkan tekad, kuatkan azam dan tenang mental dan fizikal. Usaha dan doa kunci perjuangan, tawakal penyudah bagi orang-orang yang bersyukur.

Bit Taufik Wan Najjah

10“O Allah, i am overpowered, so please help me

/Al-Qamar (54:10)

Salam Aidil Adha 1429H

adha

KiMS mengucapkan Salam Aidil Adha 1429H kepada semua muslim di bumi Korea. 

Kullu `am wa antum bi khair. 

palestinealways_sk
Assalamualaikum

semalam, Alhamdulillah wakil KiMS telah menghantar wang kutipan sedeqah qurban aman palestin kepada wakil di malaysia melalui transaksi bank sebanyak USD 599  = RM 2113.67 = KRW 892,210. Jazakallah dan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh saudara dan saudari sekalian. Moga Allah memberkati kehidupan saudara & saudari sekalian, dunia dan akhirat.

KIMS akan terus komited untuk menjadi wakil AMAN Palestin di Korea. Kami juga akan terus-menerus bekerja untuk masyarakat dunia amnya dan pelajar Malaysia di Korea khususnya dalam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas kehidupan.

wasalam.

[Updated] 2008/12/4 Jumlah sadaqah korban terkini KRW 537,700.

 

KiMS di sini mengambil initiatif menjadi wakil tengah bagi pelajar-pelajar Malaysia di Korea dan AMAN Palestin untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. KiMS mewakili Aman Palestin di Korea menganjurkan ‘Sadaqah Korban Untuk Palestin‘. 

Moga dengan sedekah yang anda hulurkan mampu mengukir senyum saudara-saudara kita di sana. 

———————————————————————————–

Maklumat Projek

Aman Palestin memperkenalkan projek ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh menyertai ibadah ini di Palestin. Oleh kerana nilai kambing dan lembu di sana adalah terlalu mahal jika dibandingkan dengan nilai di negara kita (satu bahagian di Palestin RM900; satu bahagian di Malaysia RM200-400), jadi sadaqah yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membeli haiwan korban bagi rakyat Palestin. 

Download Pamplet: depan belakang

Maklumat lanjut: AMAN Palestin 

———————————————————————————–

Sebanyak mana sedekah yang berjaya dikumpulkan, kami akan menyalurkan kepada pihak AMAN Palestin bagi mencukupkan pembelian haiwan korban bagi rakyat Palestin. 

Anda boleh sampaikan sedekah anda kepada wakil kami sehingga hari Khamis, 4 Disember 2008 kerana sedekah tersebut akan disalurkan kepada akaun AMAN Palestin pada Jumaat, 5 Disember 2008. 

 

  • `Ammar Muhd – YMid: amrzk7    010-9630 1379 
  • Umair -YMid: umeks17    010-2356-8720
  • Raher – YMid: saito_sakuragi88   010-2369-8585

atau boleh masukkan ke akaun:

농협은행 Nama akaun: Abu Zar b Shuhaimie 170396-52-149713

*sila emelkan detail deposit anda kepada mykims@kimsnet.info bagi memudahkan semakan.