Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Asy-Syabab’

Lelaki Acuan Al-Quran

Mari baca sajak ini. Mari jadi lelaki acuan Al-Quran 😉

fgfgf

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada
Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang
Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia
Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana
Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat
Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua
Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri
Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah
Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan
Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji
Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah
Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah
Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu
Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari
Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Advertisements

Read Full Post »