Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘boikot’

Sudah sebulan cuti musim sejuk berlalu. Hampir kebanyakan pelajar pulang ke Malaysia atau terbang keluar dari Korea untuk mengelakkan kesejukan yang melampau. Sememangnya Korea sangat terkenal dengan cuaca yang sejuk melampau dengan kira-kira  -10C di pertengahan musim sejuknya. 

Sambil melayari internet, terbaca blog salah seorang sahabat di sini. Dalam blog tersebut, disentuh beberapa isu tentang boikot barangan Israel dan lain-lain. Apa yang dikagumi ialah semangat beliau untuk memboikot barangan ini walaupun mungkin di pandangan sebilangan yang lain memandang usaha ini adalah terlalu kecil untuk melumpuhkan Israel. 

 

KISAH BURUNG DAN API

Bukankah ketika kecil, kita pernah diceritakan oleh ibubapa tentang seekor burung kecil yang berulang-alik membawa air dalam paruhnya untuk memadamkan api yang sedang marak membakar Nabi Ibrahim AS? Burung-burung dan haiwan lain hanya tertawa sambil berkata “Hai burung kecil, kenapa kamu bersungguh-sungguh membawa air dalam paruhmu yang kecil untuk memadamkan api besar itu? Tindakanmu sama sekali sia-sia” Burung kecil itu menjawab,”Ini sekadar mampu yang aku lakukan dan ia sudah cukup untuk menjadi saksi di hadapan Allah kelak bahawa aku tidak duduk sahaja dan telah berusaha untuk membantu Nabi Allah”. Jawapannya bukan sekadar mengejutkan mereka yang mendengar, bahkan memadamkan telahan orang yang memandang remeh usaha orang lain. Bukankah kita pernah mendengar kisah itu?

(more…)

Read Full Post »