Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘pemuda’

Aku Malu

Alhamdulillah, diberi peluang untuk menelaah kisah berkenaan sirah Rasululullah S.A.W. MasyaALLAH ada satu tajuk kecil yang tersentuh jiwa saya ketika saya cuba memahami perenggan tersebut. Di sini saya quote kembali dari buku tersebut:

“Manusia Memiliki Jiwa yang serupa”

Sesungguhnya Nabi S.A.W memiliki semua ciri-ciri kemanusiaan. Apa yang ada pada dirinya, ada pada semua pemuda lain. Iaitu berbagai kecenderungan fitrah yang diciptakan Allah kepada jiwa pemuda. Ini menunjukkan bahawa jiwa manusia adalah sama. Baginda ada perasaan ingin bersembang-sembang, bersuka ria dan Baginda merasakan perkara tersebut menyeronokkan. Lantaran itulah Baginda berkata dalam hatinya jika dia dapat menikmati keseronokan tersebut sebagaimana orang lain berseronok. Namun, Allah Azza wa jalla melindungi Baginda daripada tergeilncir atau terpesong kepada tindakan yang tidak layak bagi sesiapa yang dipersiapkan untuk menyempurnakan akhlak mulia dan membina syariat Islam yang abadi.

Ciri-ciri yang ada pada Rasulullah menyamai dgn ciri-ciri yang ada pada pemuda seperti kita. Inilah yang dikatakan selari dan selaras dengan fitrah insani itu sendiri. Inilah hikmah mengapa utusan sebagai qudwah adalah dari kalangan manusia itu sendiri bukan dari kalangan malaikat ataupun jin. (surah al-mumtahinah: 6). Seandainya kita sama-sama selami perjalanan kehidupan Rasulullah tercinta, kita mampu melihat aspek keperibadian unggul yang ada pada baginda seperti cita rasa yang tinggi dan sensitivity yang halus serta sifat malu yang memukau.

(more…)

Advertisements

Read Full Post »

Wahai pemuda-pemudi Islam

kewajipan pemuda

kewajipan pemuda

Apabila kita menilai kekuatan sesebuah negara , pastinya kita akan kagum dengan nilaian material seperti hebatnya bangunan- bangunan yang di bina, cantiknya permandangan bandaraya dan canggih kenderaan yang dicipta. Pandangan ini sentiasa mengkaburi hakikat yang sebenar . Kekuatan yg sebenarnya di ukur dengan quality generasi pemuda yang akan mewarisi perbendaharaan negara. Generasi pemuda adalah aset terbesar dan paling berharga kepada sesebuah negara.

Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kepada kekuatan manusia, bukannya kehebatan dunia material. Tunjang kepada kekuatan manusia terletak kepada generasi pemuda.

Sejarah telah membuktikan kehebatan pemuda dalam menggerakkan sesuatu perubahan. Apabila pemuda bangun bertindak , maka sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku. Golongan ini mempunyai semangat yang kental , kehendak yang tinggi, dan berani lagi tangkas . Mereka juga mampu menggarap kefahaman baru dengan budaya fikir yang mantap dan mampan.

(more…)

Read Full Post »